Hati Ibu


Suatu petang sewaktu dalam perjalanan pulang, Abu Nuwas bersama Jonkie si keldai terdengar akan perbualan seorang anak dengan ibunya.

Perbualan mereka berdua didengari oleh Abu nuwas. Si anak menyilangkan kedua tangan di dada sebagai tanda tidak puas hati kepada ibunya.

Si anak ugut ibunya dengan berkata “ Jika ibu tidak mahu berikan aku wang, Aku tidak lagi mahu tinggal denganmu.”

Ibunya menunjukkan wajah yang sedih disebabkan tidak dapat memenuhi permintaan anaknya.

Si anak berlalu pergi meninggalkan ibunya yang berada dalam keadaan sedih.

“Oh, anak ku!” kata si ibu sambil mengesat air mata yang keluar dengan kain bajunya.

Abu Nuwas yang memerhatikan perbuatan si anak yang berkelakuan bongkak terhadap ibunya.

“Tiada keberkatan dan kebahagiaan padanya walaupun berjuta wang dia perolehi di muka bumi kerana dia telah melukakan hati orang yang Allah sanjungi.” Kata Abu Nuwas

Olahan: Amirul Hafiz

0 comments:

Catat Ulasan